Persoalan




APAKAH NAMA KOPERASI INI?
Nama koperasi ini ialah Koperasi Generasi Chemomoi Bentong Berhad(KGCBB)

APAKAH SYARAT UNTUK MENJADI AHLI KOPERASI INI?
Keahlian koperasi ini adalah terbuka kepada semua ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai, bekas pelajar SK dan SMK Chemomoi.

ADAKAH DIKENAKAN SEBARANG YURAN BULANAN ATAU TAHUNAN?
Ya, yuran seumur hidup semasa pendaftaran dikenakan sebanyak RM 10.00 .

BERAPAKAH JUMLAH SYER MINIMUM DALAM KOPERASI INI?

Syer minimum ialah sebanyak RM 200.00 dan boleh dibayar secara ansuran sebanyak RM 20.00 selama 10 bulan. 


BERAPAKAH HAD SYER MAKSIMUM DALAM KOPERASI?
RM5 juta.

   
BOLEHKAH SESEORANG AHLI KOPERASI INI DIBENARKAN MENAMBAH SYER PELABURAN?
Boleh.

BERAPAKAH JUMLAH ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI INI?
Jumlah Anggota Lembaga Koperasi (ALK) ini 12 orang.

APAKAH FAEDAH-FAEDAH MENYERTAI KOPERASI INI?
Antara faaedah yang ahli perolehi ialah

1. Membuat tabungan/simpanan
2. Membuat pelaburan melalui kegiatan perniagaan yang dijalankan oleh koperasi
3. Tabungan / simpanan ahli-ahli dikumpulkan untuk dijadikan modal koperasi menjalankan kegiatan ekonomi dan perniagaan.
4. Ahli akan dibayar dividen berdasarkan keuntungan yang diperolehi oleh Koperasi.
5. Mengambil bahagian dalam semua kegiatan aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh koperasi.

APAKAH PERANCANGAN KOPERASI INI?
Perancangan pertama adalah projek perniagaan dengan membuka stor dedak / makanan tambahan bagi ternakan lembu. Koperasi juga merancang untuk mengendalikan dan menguruskan pengangkutan hasil pertanian serta banyak lagi aktiviti yang bakal dilaksanakan untuk ahli.

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN PERKEMBANGAN SEMASA KOPERASI?
Maklumat terkini boleh diperolehi di
 http://koopgenerasichemomoifc.blogspot.com

BAGAIMANA UNTUK MENYERTAI KOPERASI INI?
Lengkapkan borang dengan cara muat turun ( download ) borang di ruang yang disediakan dan hantarkan kepada:

Setiausaha,
Koperasi Generasi Chemomoi Bentong Berhad,
Kedai Batu No 1 Felda Chemomoi,
28310 Triang Pahang .
09 2458399

APAKAH TINDAKAN AHLI SETERUSNYA SELEPAS MENDAFTAR?
Setiap ahli perlu memberi komitmen untuk membayar syer minimum sebanyak RM 200.00 secara tunai atau secara ansuran sebanyak RM 20.00 selama 10 bulan dan memberi sokongan kepada semua kegiatan yang dijalankan oleh koperasi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan