Jumaat, 21 Februari 2014

Penternakan Lembu Pedaging

BAKA LEMBU PEDAGING

Baka-baka yang berpotensi untuk pengeluaran daging dari segi prestasi dan kemudahan mendapatkan bekalan di negara ini ialah :

Kacukan Komersial dari Australia
Kacukan Friesian Sahiwal
Droughtmaster
Kacukan Pedaging KK
Kedah Kelantan
Brahman
Local Indian Dairy

Baka-baka yang biasa dipelihara untuk daging di Malaysia adalah:

Kedah Kelantan (K-K)
Kacukan Komersial Australia (Australian Commercial Cross)
Kacukan Friesian-Sahiwal (Mafriwal)
Local Indian Dairy (LID)
Droughtmaster
Brahman.

Selain dari itu, beberapa baka lembu pedaging yang terkenal ada dipelihara di luar negeri, di antaranya ialah:

Hereford
Angus
Charolais
Shorthorn
Simmental
Limousin

Pengurusan

Ada 4 cara pengurusan yang boleh dilakukan untuk pembiakan lembu daging:

Cara meragut lepas bebas
Lembu-lembu dibiarkan bebas meragut di kawasan rumput, sama ada di kawasan sendiri atau bukan. Ini termasuklah meragut di tepi-tepi jalan.
Cara ini kurang baik kerana;
selalu merosakkan tanaman orang lain
kemungkinan dilanggar kereta atau luka oleh kemalangan
makanan hanya bergantung kepada rumput di kawasan ragutan yang kemungkinan tidak memadai
perhatian sukar diberikan kepada setiap ekor lembu yang dipelihara.

Cara Berkurung atau Fidlot
Dengan cara ini lembu-lembu pembiak sentiasa berada di dalam kandang, dengan mendapat makanan bermutu secukupnya, air yang bersih pada setiap masa dan garam secukupnya. Makanan yang diberikan sama ada rumput atau dedak atau campuran kedua-duanya diberikan pada kadar berat kering 3 - 5% dari berat badan lembu setiap hari. Biasanya, rumput potong diberikan pada sebelah pagi dan dedak diberikan pada sebelah petang. Ruangan lantai yang diperlukan ialah kira-kira 30 kaki persegi bagi setiap ekor ternakan. Usaha yang lebih adalah diperlukan bagi mencuci kandang dan menjaga kebersihan persekitaran.


Cara Separa Intensif
Cara ini lebih sempurna dan praktikal di negara ini. Lembu yang dipelihara dibenarkan bebas meragut sama ada di kawasan rumput yang berpagar atau di kawasan ragutan awam dalam tempoh masa yang dihadkan. Lembu-lembu dihalau balik ke kandang untuk makanan tambahan dan berteduh di sebelah malam. Ini bermakna penternak perlu menyediakan kandang malam dan kawasan meragut yang mencukupi.


Cara Integrasi Dengan Tanaman Utama
Di negara kita kawasan yang bertanam dengan tanaman utama seperti kelapa sawit, getah, kelapa dan dusun adalah sangat luas. Di bawah tanaman ini biasanya terdapat banyak rumput-rumpai yang subur. Pada kebiasaannya, racuri rumpai digunakan bagi mengawal tanaman itu. Integrasi dengan ternakan akan menjimatkan wang untuk merumpai di samping mengurangkan kos pembajaan ladang. Dengan ragutan berkawal, satu hektar ladang kelapa sawit dapat menampung seekor ternakan dewasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan