Selasa, 4 Mac 2014

Mesyuarat Agung Permulaan Penubuhan Koperasi Generasi Chemomoi Bentong Berhad

Tarikh     : 1 Mac 2014
Masa      : 10.00 pagi
Tempat   : Wisma JKKR Felda Chemomoi
Kehadiran: 109 orang
Perasmi   : Yang Berusaha En Anuar Bin Hassan
                Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia
                Kawasan Bentong


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT di atas kurniaan rahmat dan izinnya perancangan ini telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna.

Sesi Pendaftaran

Suasana dalam dewan ketika menunggu ketibaan Pegawai SKM
Ketika penerangan dan perasmian oleh Pegawai SKM



Ucapan Perasmian Oleh En Anuar Bin Hassan Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia Bahagian Bentong

Penyampaian Cenderahati oleh Pengerusi Penaja Penubuhan Koperasi Generasi Chemomoi Bentong Berhad kepada Yang Berusaha En Anuar Bin Hassan di atas kesudian merasmikan Mesyuarat Agung Permulaan ini

Tn Hj Samad Bin Taha di pilih sebulat suara untuk mempengerusi Mesyuarat Agung Permulaan ini dan di bantu oleh Penolong Pegawai SKM bagi memberikan penerangan dan penjelasan berkaitan Undang-Undang Kecil.


12 orang Ahli Lembaga Pengarah yang diberi amanah oleh ahli mesyuarat bergambar bersama Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia Bahagian Bentong

Jumaat, 21 Februari 2014

Penternakan Lembu Pedaging

BAKA LEMBU PEDAGING

Baka-baka yang berpotensi untuk pengeluaran daging dari segi prestasi dan kemudahan mendapatkan bekalan di negara ini ialah :

Kacukan Komersial dari Australia
Kacukan Friesian Sahiwal
Droughtmaster
Kacukan Pedaging KK
Kedah Kelantan
Brahman
Local Indian Dairy

Baka-baka yang biasa dipelihara untuk daging di Malaysia adalah:

Kedah Kelantan (K-K)
Kacukan Komersial Australia (Australian Commercial Cross)
Kacukan Friesian-Sahiwal (Mafriwal)
Local Indian Dairy (LID)
Droughtmaster
Brahman.

Selain dari itu, beberapa baka lembu pedaging yang terkenal ada dipelihara di luar negeri, di antaranya ialah:

Hereford
Angus
Charolais
Shorthorn
Simmental
Limousin

Pengurusan

Ada 4 cara pengurusan yang boleh dilakukan untuk pembiakan lembu daging:

Cara meragut lepas bebas
Lembu-lembu dibiarkan bebas meragut di kawasan rumput, sama ada di kawasan sendiri atau bukan. Ini termasuklah meragut di tepi-tepi jalan.
Cara ini kurang baik kerana;
selalu merosakkan tanaman orang lain
kemungkinan dilanggar kereta atau luka oleh kemalangan
makanan hanya bergantung kepada rumput di kawasan ragutan yang kemungkinan tidak memadai
perhatian sukar diberikan kepada setiap ekor lembu yang dipelihara.

Cara Berkurung atau Fidlot
Dengan cara ini lembu-lembu pembiak sentiasa berada di dalam kandang, dengan mendapat makanan bermutu secukupnya, air yang bersih pada setiap masa dan garam secukupnya. Makanan yang diberikan sama ada rumput atau dedak atau campuran kedua-duanya diberikan pada kadar berat kering 3 - 5% dari berat badan lembu setiap hari. Biasanya, rumput potong diberikan pada sebelah pagi dan dedak diberikan pada sebelah petang. Ruangan lantai yang diperlukan ialah kira-kira 30 kaki persegi bagi setiap ekor ternakan. Usaha yang lebih adalah diperlukan bagi mencuci kandang dan menjaga kebersihan persekitaran.


Cara Separa Intensif
Cara ini lebih sempurna dan praktikal di negara ini. Lembu yang dipelihara dibenarkan bebas meragut sama ada di kawasan rumput yang berpagar atau di kawasan ragutan awam dalam tempoh masa yang dihadkan. Lembu-lembu dihalau balik ke kandang untuk makanan tambahan dan berteduh di sebelah malam. Ini bermakna penternak perlu menyediakan kandang malam dan kawasan meragut yang mencukupi.


Cara Integrasi Dengan Tanaman Utama
Di negara kita kawasan yang bertanam dengan tanaman utama seperti kelapa sawit, getah, kelapa dan dusun adalah sangat luas. Di bawah tanaman ini biasanya terdapat banyak rumput-rumpai yang subur. Pada kebiasaannya, racuri rumpai digunakan bagi mengawal tanaman itu. Integrasi dengan ternakan akan menjimatkan wang untuk merumpai di samping mengurangkan kos pembajaan ladang. Dengan ragutan berkawal, satu hektar ladang kelapa sawit dapat menampung seekor ternakan dewasa.
BAKA-BAKA LEMBU DI MALAYSIA


Australian Friesian Sahiwal
Negara asal: Australia. Kacukan antara Sahiwal & Holstein-Friesian.
Mempunyai daya ketahanan dari serangan kutu, tahan panas, subur. Purata pengeluaran susu ialah 3,000 liters; kualiti susu baik - tahap protein 3.4%

Australian Milking Zebu

Negara asal: Australia, Kacukan antara Sahiwal-Red Sindhi & Jersey.
Secara am bentuk dan warna menyerupai Jerseys; tahan panas, mempunyai daya ketahanan dari serangan kutu. Purata pengeluaran susu setahun 2,700 liters . Kualiti susu yang tinggi - - tahap protein 3.5-4%

Brahman
Negara asal: Bos indicus, India.
Mempunyai ciri-ciri berikut iaitu mempunyai bonggol yang besar di bahagian atas bahu dan tengkuk; "processes" bergulong yang terletak di bawah bonggol dan memanjang & mempunyai tisu yang tegap yang menutupinya; selalunya tanduk bengkok ke atas dan kadang-kadang ke belakang; mempunyai telinga yang besar dan berjuntai; bahagian tengkuk mempunyai kulit yg yang mengelambir; mengeluarkan minyak yang berbau busuk yang boleh membantu menghalau serangga. Berbagai warna dari kelabu muda atau merah sehingga ada yang hitam. dan kebanyakan kelabu cerah atau sederhana kelabu. Lembu jantan selalunya gelap dari lembu betina dan selalunya mempunyai tompok hitam diatas bahu atau bawah kaki. Saiz sederhana, - Berat jantan 1,600-2,200 lbs & betina 1,00-1,400 lbs; anak 60-65 lbs dan cepat membesar. Tahan lasak dan boleh sesuaikan diri dengan keadaan; tahan panas, Pengeluaran susu yang memuaskan; Peratus daging sebenar (dressing) yang tinggi. - karkas yang baik dan bernilai dengan kadar lemak yang minima.

Charolais
Negara asal: Charolles province, France.
Berwarna putih atau putih berkrim tetapi kulit berpigmentasi; Bertanduk; berbadan panjang. Besar dan berat jantan 2,000-lebih 2,500 lbs & betina 1,250-lebih 2,000 lbs. Cepat membesar. Prestasi baik walaupun di dalam pelbagai keadaan cuaca yang berbeza. Mempunyai anak yang berat . Baka susu yang baik.

Droughtmaster
Negara asal: Australia. Kacukan antara Shorthorn & Brahman.
Berwarna merah; samada bertanduk atau tidak. Tahan panas dan kutu; terlalu subur dan senang mendapat anak; tidak berapa garang. Pembentukan karkas yang sempurna dan sederhana lambat.

Hereford
Negara asal: Herefordshire County, England.
Pengeluaran daging tinggi - berupaya untuk menggemuk; tahan lasak . Cepat matang. Akan menjadi baka yang penting di dalam industri pedaging pada tahun-tahun akan datang.

Holstein
Negara asal: Netherlands
Effisien, Tinggi pengeluaran susu. Berbadan besar dan berwarna hitam dan putih atau merah dan putih. Berat anak 90 lbs atau lebih, berat betina 1,500 lbs & tinggi jika diukur di bahu ialah 58" . Dara boleh dibiak pada umur 15 bulan dan berat lebih kurang 800 lbs. Boleh mendapat anak betina untuk kali pertama pada umur diantara 24-27 bulan; jangka masa bunting ialah lebih kurang 9 bulan. Jangka masa produktif yang normal ialah 6 tahun. Pengeluaran susu purata 17,408 lbs.

Jersey
Negara asal: Jersey Island, Britain.
Salah satu baka tenusu yang tertua; terbaik. Pengeluar susu yang terpilih ; kebanyakannya mengeluar susu 13 kali dari berat badan per laktasi. Boleh sesuaikan diri dengan cuaca yang berbeza. Boleh meragut dengan baik walaupun secara intensif. Tahan panas. Purata berat 900 lbs.

Ahad, 26 Januari 2014

Assalamualaikum

Koperasi Generasi Chemomoi Bentong Berhad ini akan mengadakan mesyuarat agong pemula pada 01 Mac 2014(SABTU),Jam 9pagi